Thursday, June 30, 2016

# 02 l Renovasi Apartment

Cadangan renovasi ruangan utama apartment ini telah mengambilkira kondisi pelanggan yang inginkan susunatur yang simple, minimal dan sedikit elemen industrial. Perincian lebih diberikan kepada ruangan makan dan dapur memandangkan beliau adalah pengusaha home made cookies dari rumah dan perlu senantiasa bekerja dari dapur sambil memantau aktiviti anak-anak. Terima kasih kerana memberi peluang kepada 3dboss.co untuk membantu menterjemahkan idea anda kepada 3 dimensi.

Pandangan dari ruangan tamu

Bar counter top diantara ruang meja makan dan dapur disamping rak buku koleksi masakan

Brick feature wall dengan cadangan built in cabinet yang simple dan minimalis

Susunatur yang linear dan minimalis



Wednesday, June 29, 2016

#01 l Permulaan Epik 3DBOSS.CO


3dboss.co bermula apabila kami melihat trend terkini masyarakat yang begitu obses dengan seni hias dalaman dan luaran. Dengan pengenalan software yang terdapat di pasaran antaranya sketchup, ternyata ianya membantu memudahkan proses rekabentuk dari lukisan 2 dimensi kepada 3 dimensi. 

Kami percaya dengan adanya rekabentuk 3D, ianya menyelesaikan dan memudahkan proses penterjemahan idea sekaligus mengurangkan silap faham atau miscommunication antara pelanggan dan kontraktor mahupun supplier terutama ketika proses pembinaan berlangsung.

Dan bila ianya 3D, kami mampu menghasilkan apa sahaja rekabentuk; bermula dari rekabentuk kediaman, hiasan dalaman (interior design), perabot mahupun lanskap. Jika anda merasakan 3dboss.co boleh menterjemahkan idea anda, jangan segan untuk menghubungi kami segera.


Dihadapan Astaka Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri yang telah direkabentuk menggunakan perisian sketchup. 


Gambaran secara 3 dimensi astaka sebelum proses pembinaan bermula.


Mendapat liputan di media online