Sunday, July 24, 2016
# 04 l Full Building Scale Rendering Service
3dboss.co telah mengorak langkah untuk meneroka perisian baru yang membolehkan klien kami mendapat gambaran perspektif yang lebih realistik. Jika anda ingin kami hasilkan perspektif seperti ini untuk rumah banglow anda, sila hubungi kami segera.
Saturday, July 2, 2016
# 03 l Renovasi Pejabat
3dboss.co berpeluang untuk mencadangkan simple proposal interior design bagi 3 lot strata kedai yang diubahsuai menjadi pejabat dan pusat kegiatan sebuah NGO. Kami menerima simple 3d model, jadi tugas kami hanya menambahbaik susunatur dan mencadangkan perincian perabot dan keperluan yang berkaitan. jika anda memerlukan gambaran 3d bagi renovasi kedai anda, boleh hubungi kami segera.
Gambaran keseluruhan susunatur pejabat
Ruang menugggu dan mini perpustakaan
Bilik Mesyuarat utama
Thursday, June 30, 2016
# 02 l Renovasi Apartment
Cadangan renovasi ruangan utama apartment ini telah mengambilkira kondisi pelanggan yang inginkan susunatur yang simple, minimal dan sedikit elemen industrial. Perincian lebih diberikan kepada ruangan makan dan dapur memandangkan beliau adalah pengusaha home made cookies dari rumah dan perlu senantiasa bekerja dari dapur sambil memantau aktiviti anak-anak. Terima kasih kerana memberi peluang kepada 3dboss.co untuk membantu menterjemahkan idea anda kepada 3 dimensi.
Pandangan dari ruangan tamu
Bar counter top diantara ruang meja makan dan dapur disamping rak buku koleksi masakan
Brick feature wall dengan cadangan built in cabinet yang simple dan minimalis
Susunatur yang linear dan minimalis
Labels:
hipster,
industrial,
minimalis,
renovasi apartment,
small apartment,
SOHO
Wednesday, June 29, 2016
#01 l Permulaan Epik 3DBOSS.CO
3dboss.co bermula apabila kami melihat trend terkini masyarakat yang begitu obses dengan seni hias dalaman dan luaran. Dengan pengenalan software yang terdapat di pasaran antaranya sketchup, ternyata ianya membantu memudahkan proses rekabentuk dari lukisan 2 dimensi kepada 3 dimensi.
Kami percaya dengan adanya rekabentuk 3D, ianya menyelesaikan dan memudahkan proses penterjemahan idea sekaligus mengurangkan silap faham atau miscommunication antara pelanggan dan kontraktor mahupun supplier terutama ketika proses pembinaan berlangsung.
Dan bila ianya 3D, kami mampu menghasilkan apa sahaja rekabentuk; bermula dari rekabentuk kediaman, hiasan dalaman (interior design), perabot mahupun lanskap. Jika anda merasakan 3dboss.co boleh menterjemahkan idea anda, jangan segan untuk menghubungi kami segera.
Dihadapan Astaka Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri yang telah direkabentuk menggunakan perisian sketchup.
Gambaran secara 3 dimensi astaka sebelum proses pembinaan bermula.
Mendapat liputan di media online
Labels:
3d design,
3dimensi,
astaka,
astaka design,
islamic design
Subscribe to:
Posts (Atom)